SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat persediaan dua tahun lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16, seterusnya memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri buat penggal kedua.
Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) bersempena dengan ulang tahun ke-25 PKR dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16) bagi menghadapi PRU16.
Menurutnya, kedua-dua kerangka berkenaan bertujuan untuk mengukuhkan kembali kekuatan daripada akar umbi sehingga ke atas untuk mencipta kekuatan baharu PKR dalam menghadapi pilihan raya.
“Selepas pelancaran, seluruh kepimpinan dan kekuatan parti akan digerakkan untuk turun ke negeri-negeri secara berkala, kemudian kita akan ke cabang-cabang, menandakan persediaan untuk menghadapi PRU16 bermula hari ini (Ahad).
“Ia akan disertai dengan sasaran yang lengkap dan metrik yang jelas.
"Kita berharap persiapan yang dibuat dua tahun lebih awal ini akan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU16,” katanya ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.
Tambah Rafizi, dalam tempoh 15 bulan yang lepas, sebahagian besar tumpuan dan masa pimpinan parti adalah kepada kerajaan, namun ia tidak bermakna parti dilupakan.
Justeru, beliau memahami ada yang berasa ‘lesu’ dan dipinggirkan apabila kepimpinan turun ke bawah, namun menyatakan ia adalah sebahagian daripada cabaran yang perlu dilalui bersama.
“Bagaimanapun, saya nak maklumkan bahawa siri pilihan raya ke arah PRU16 akan bermula seawal tahun depan, iaitu pada 2025.
"PRU16 paling lama pun sekitar dua tahun setengah sahaja, bergantung kepada keputusan Perdana Menteri.
“Jadi, kita tak ada masa yang panjang, sebab itu konvensyen hari ini berbeza dengan ulang tahun parti yang lain.
"Biasanya kalau sambutan jubli emas dan perak, inilah masa untuk meraikan parti tapi PKR ambil pendekatan berbeza.
“Kita kerah orang ramai dan akar umbi dari bawah.
"Akhir nanti, kita akan edarkan satu senarai kerja yang perlu dibuat bermula dari cabang di seluruh negara,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 21 2024
Rafizi berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, hari ini. --fotoBERNAMA
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
PM Anwar diberi sambutan rasmi sempena lawatan sulung ke Qatar
Perdana Menteri tiba di dewan pemerintahan negara Qatar itu pada 10.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia) disambut Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.